Monday, September 07, 2015

Menjenguk

Assalamualaikum...

Terkejut?? Tup2 selepas setahun berlalu .. ahkak muncul.. Tadaaaaaa!!
Penuh habuk dah blog nih..

Sebenarnya lupa password... sampai la hari ni tetiba teringat balik. Ahkak dah tua dah dik.. 

Tak tahu lah nak bercerita apa.. syukur alhamdullilah masih diberi kesempatan untuk bersama dengan orang-orang tersayang. Alhamdullilah...

Anak-anak pun membesar dengan sihat.. 

Aisyah Umairah dah besar dah sekarang nih... makin baik. Sangat bersifat kakak-kakak. Tapi part meneroka dia tu still powerful macam dulu2... hihi

Umar Qayyum pulak masih baby2.. kuat merajuk..kuat menangis.. Bau masham sedap kat kepala dah takde..skrg bau masham hanyir pulakk...hahaha! 

Itu dulu...bye!

Wednesday, August 20, 2014

Aidilfirti 2014

Tak tahu nak mula dari mana...
susah betul nak mula bercerita bila dah lama tak mengarang panjang jela...
Masih ada di bulan Syawal lagi kan...dan aku sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Bercerita tentang hari raya..
Seperti tahun2 biasa..hari raya disambut dengan keadaan sederhana..
Baju raya tak sampai 5 pasang pun..
Kuih raya jer cukup 6 balang..
hihi

Tahun 2014 kami beraya di kampung papa caca..
Kampung 20, Taiping, Perak...

 Kenapa nama kampung  ini Kampung 20, sebab rumah2 di sini semuanya 20 buah sahaja... Lupa pulak nak kira rumah mak mertua aku ni nombor berapa..

Kami sekeluarga tiba dahulu sebelum adik beradik papa yg lain sampai. So, sedikit penat untuk mengemas rumah..pasang langsir.. hampar karpet, cuci pinggan dan lain2.. Tapi maafkan saya mak, bab memasak saya tolak jauh2! Sebab saya mengaku saya mmg tak pandai memasak..

Keadaan ibu dan bapak mertua yg uzur menyebabkan masak2 sedikit terbatas. Dengan menantu yg tak boleh pakai sangat..hehehe! kalau disuruh goreng telur dadar 50 bijik, saya bersedia mak..tapi klu nak suruh saya buat rendang daging..maafkan saya sekali lagi mak. Saya hanya tahu makan saja rendang daging tersebut.. Next year saya akan tempah rendang untuk mak.. ini janji saya! Mak boleh berehat ye...

Macam sedikit janggal bila malam raya makan nasi dengan ayam masak merah. Selalunya dah biasa dengan juadah raya nasi impit, kuah kacang, rendang tok, ketupat dan mcm2 lagi. Macam sedih pulak malam raya tu kami makan ayam masak merah..huhu! Semanagat mak masak sebab di request dek menantu nih! hihi..

Pagi raya pertama, semangat raya dah mari. Kami suami isteri bersemangat nak mengenakan jubah baru. Pakaian raya di request oleh papa. OK! isteri yg solehah ikut kata suami kan.. walaupun, aku dah sediakan satu set kaler sedondon royal blue. So..tema kami tahun ni adalah jubah berkaler kelabu.

 Belasah laaa....janji happy. Dan aku kena pastikan yg aku betul2 kena happy supaya tak terkenangkan kampung halaman...hihi!. Walaupun kampung ibu ayah sebelah menyebelah jer, tapi terkesan jugak tau!! Pagi tu budak-budak la yg bukan main liat nak bangun...rumah kampung sejuk..nyaman...sedap la tido. Tup2 kena bangun pagi...paksaaa!! paksaaaaa!!! Nak didik anak2 bermula dari sini.. takkan nak biarkan saja pagi raya nan indah berlalu begitu saja kan...

Anak-anak muka stress!! kikiki.... semalam bukan main semangat korang nak beraya kan.. Harini merengek pulak.. terutamanya si baju purple tu. Aduh, membawak sampai ke tengahari! Senyum sikit pun tak mau.. mengantuk mungkin!

Gambar raya kami pun...alahai!!! stress mak engkau!!! Cuba duduk diam2..senyumm dan pandang kamera.  Bersyukurlah kerana Allah mengurniakan kami anak-anak yang sempurna.

Selepas solat raya..mestilah ada sesi memohon keampunan. Dan aku jugak stress sikit di sini sebab kebanyakkan org belum lagi bersiap...mandi pun belum! baju raya pun tak di pakai lagi... al-maklumlah sibuk menyediakan juadah. Walaupun rasa janggal tetiba aku dah berbaju raya berjubah bagai...sedangkan org lain sibuk di dapur tapi aku tetap nak suami tersenyum melihat isteri dah comel bila balik solat raya.. hihi! maafkan saya atas sifat yang tak sempurna itu....

Dan aku jugak yang rajin menyuruh budak2 ini berposing  di pagi raya yang mulia. Ehhh...susah tau nak dapat moment2 macam ni. Ini semua kenangan tau..kang dan besar korang boleh tangkap pic macam ni sekali lagi..comel! comel! suka! suka! sesekali tgk si caca sebijik muka aku time kecik dulu..or maybe comel lagi la mama ko ni...kiki

Bila dah settle semua sesi memohon keampunan pun bermula...dan gambar satu family yang penuh dengan liku2 hidup.


Adoihal..letih jugak nak menyusunnya!! kejap org ni nak kencing..kejap org ni nak susu..kejap org ni menangis..kejap org ni terjatuh... Penuh liku2 hidupkan? Tetapi akhirnya kami berjaya bergambar bersama jugak..


 Siapa yg happy?? tentulah akuu..sapa yg boring?? tentulah pak mertua aku...hahahahaha!!! Maaf zahir batin ayah...kiki.. Selesai umah mak mertua..marilah menuju ke rumah ibu ayah pulak.. Hatiku girang tidak terkata... yeaaa! yeaaaa!!!! Tak jauh...15minit perjalanan sampai la kampung aku pulak.



Kat sini, tak payah suruh bergambar..dia automatic posing dengan sendiri... anak2 mana? tidooo dengan nyenyak...

Syukur alhamdullilah diberi kenikmatan menyambut syawal bersama keluarga tercinta. Itu jer cerita hari raya pertama aku..part menziarah rumah sedara mara next episod okeh..

:)








Friday, July 18, 2014

Doakan yang terbaik...

Pagi ni dengar cerita baru. Haritu MH 370... sampai sekarang pun semua masih lagi berteka teki..mcm2 isu keluar. Tup2 semalam MH17 pulak.. lagi mengerikan ditembak pulak tu... menyedihkan! Doakan yg terbaik utk MAS...takziah utk semua penumpang..
.

.
.
.
.
.
.
Hari cuti Nuzul Quran aritu aku memasak. Cuba masak nasi Mandy Ayam Saudi... terbaik! terbaik!...Sekotak berharga RM15.00, rupa2nya siap semua bahan2 dia kat dalam tu...toomato pure jer takde..


Ingat ke sikit jer nasik...rupa2nya hidangan makanan 4-5 org. Rezeki ibu mertuaku. Nasi Mandy ni takde kuah tapi sambal tomato dia mmg terangkat bila makan ngn nasi. wawawa....



Hasil air tangan aku. Syukur..satu family boleh terima nasi mandy ayam. Sok lusa boleh buat lagi. Ayam tu sepatutnya kena bakar tapi aku takde oven, try goreng... sedap jugak!!! Salad dia pun aku tak buat sbb tak suka makan sayur...wahaha!!

Cara2 nak masak ader kat belakang paket dia. Ko follow jer satu persatu...akhirnya berjaya!!


Monday, July 14, 2014

Salam ramdhan 2014

Assalamualikum wahai sahabat2ku sekalian....

Terkejut takkkk???? Dah berzaman aku tak menulis yer...selain dari malas, aku lupa password ch3mpaka blogspot ni...terukkk!!! Nampak benar aku dah tua...

Aku sihat..malah lagi 'sihat' berbanding sebelum2 ni.. dan syukur alhamdullilah, aku tak stress pun dgn tahap 'sihat' aku nih.. aku happy!! Yg penting yakinnnnn.....Disebabkan baju2 kurung lama byk yg dah sendat, satu lagi hobi masa kini adalah beli baju plus saiz dengan banyak.. lawa2 pulak tu! hah..tambah lagi keyakinan diri!! Saya suka...saya suka...kata Mei Mei, upin ipin.

Anak2 pun dah membesar dengan jayanya..sapa yg ader facebook aku.. tau la perkembangan chacha dan oyum.. Makin super hero!! itu menunjukkan anak2 mama sangat aktif dan sihat! hahaha....

Salam ramdhan yer kawan2...kehkeh! Lambat betul nak wish korang yer... semoga ramadhan kali ni lebih baik dari ramadhan2 tahun sebelumnya. So...korang masak tak? Aku masih lagi masak atas permintaan suami. Ceh...ceh... tapi ada juga terkantoi 3, 4 hari beli lauk kat pasar ramadhan...

Alang2 dah menulis nih...aper kata kita bercerita panjang lebar. Nak??? Boring pulak bercerita tanpa gambar kan... check henpon ader gambar tak menarik dari yang menarik. Nak kongsi gambar aku, penuh pulak skrin korang kang....hahaha!Aku share gambar masak2 la yer...aku ni sedang belajar masak memasak....hihi!

Sejak budak2 suka makan...aku kena rajin mencarik idea utk masak2.. Kadang2, ader yang dorang suka...kadang2 ader yg dorang tak suka..tgklah mana yg menepati citarasa dorang tu!

Pavlova

 
Pernah buat sekali dgn adik aku..tapi rasanya tak menjadik kot. Maybe time tu salah beli dia punya cream. Pavlova ni aku buat denagn rakan2 sekerja kat opis. Selain menjana duit kelab... kita belajar memasak. Yang paling best pavlova ni adalah sos yg dibuat oleh cikgu kelas memasak. Gabungan strawberry dan buah naga serta perahan lemon menaikkan lagi kelazatan pavlova.. hihi..

Fruit Tart / Cheese Tart 


Ok yang ni ada gambar fruit tart saja....Cheese tart aku tak suka. so, gambarnya tak ambik. ini pun best jugak....Shell tart tu macam leceh sikit la nak buat...nak tekan2 la...penyek2 laa.. Org tak biasa buat, macam2 la komen yer...hahaha!! Senang aku order jer shell dia...custard buat sendiri. Boleh makan raya kang... Yang ni pun belajar kat opis...

Cream Puff


Ohhh...ini adalah kegemaran akuuuuu.....asyik beli kat kedai! Apa kata klu belajar cara nak buat. Save budget!! Rupa2nya senang jer buatnya...klu aku ader oven kat rumah, kompem aku boleh buat hari2! Tapi bila entah la nak dapat oven... microwave pun dah rosak.

Yang ketiga2 jenis masakan tu semua aku belajar kat opis. Masih belum berkesempatan nak buat kat rumah. Dan yg pasti budak2 tu kompem akan makan buahnya saja... Yang suka benda2 camni, aku sorang jer....Papa budak2 lagik laaaaa.... aku buat caremel puding pun takut nak makan. cehhhhh!!!!!

Trifle


Ini yang paling senang aku buat....semua benda instant. Tapi alangkah kecewanya custard dah expired. Last2 aku ganti dengan ais cream vanilla. Lagi syurga makannya... Presentation nampak selekeh sebab ais cream kan cepat cair...Tapi tak tipu weh...sedap!!! Sebab dah ader ais cream...budak2 kat rumah tu suka laaaa....

Roti jala


Masakan paling tinggi like yang aku dapat. Saja post kat facebook dengn caption "saya berjaya menjala...horayyyy!!!" Bukan main lagi dorang like.. perli ka semangat ka... or over betul cik chem, roti jala jer pun.... hahahaha!! Mmg aku berjaya pun buat roti jali dan kari ayam tu.. Memula nak gulung tapi, cam buang masa... zap2..lipat lagi mudah. Setakat ni dah dua kali buat roti jala....dan dah jamu family aku pun. :)

Butter Prawn



Masakan paling baru yang aku cuba. komen suami saya "Mama, beli kat kedai ke?". Syukur....sedap la tu!! Pernah rasa sekali kat Homst, Bangi terus jatuh cinta. Nak pergi oder hari2 tak cukup budget. Jadik bukak you tube belajar sendiri. Hasil first time buat..dan sangat menepati citarasa kami sekeluarga. Cuma sarang telur tu tak berapa nak jadik.. kena usaha lebih lagi nih...

Haaa..ok tak?? sekian dulu hasil2 kongsi cerita masakan aku di sini... klu rajin sok lusa...update lagi.. kalu rajin la yer.... :)



Saturday, November 02, 2013

Testing2..
Cuba nak mengupdate blog dr tipon..
Cerita sabah tu..tungguuu!!
Klu berjaya publish ni..mlm kang kompem aku mengarang panjang2...
Kita  tgk lembu sabah dulu yer...

Thursday, October 17, 2013

Nasi impit goreng Aidiladha

Masih belum terlewat utk mngucapkan Selmat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam.

Raya Aidiladha aku kali ni di rumah ibu mertua. Mabuk makan. Sampai pening2 dibuatnya. Kekenyangan. Nafsu sungguhlahhhh....mak mertua aku masak macam2 dari nasi impit kuah kacang, rendang daging, mihun sup, mee bandung, kueh tiaw sup.... huhu! Meriah dgn makanan.

First time sungguh makan tanpa henti. Rehat setengah jam..sambunggg...rehat setengah jam sambung...anak2 tak abih makan, aku ngap! papa dorg tak abih makan aku ngap!!! Ngap! Ngap! jer la keje aku haritu. Mana la tak pitam.

Knp aku pelahap sangat sampai macam tu? Sebab aku kesian kat mak mertua aku. Semuanya bersebab ok, bukan saja2 aku nak tambah lemak ok!! (alasannnnnn....). Aku kesian sebab mak mertua aku penat memasak nak bagi anak menantu makan. Walaupun sakit kaki, sakit lutut tapi mak mertua aku sanggup duduk berjam2 kat dapur memasak. Klu tetiba aku buat diet tak nak makan tak ke boleh kecik hati org tua tu.. Lagipun sapa lagi nak makan semua makanan tuuuu???? Akuuu jugak?

Tapi pantang aku adalah.......jgn ditegur klu aku makan berulang2 tu!! Sangat sensitif ok.Nafsu makan boleh mati tau klu ditegur2 gitu....sentap akak!!! Niat baik nak perabih makanan tau....

Ohh...aku nak cerita ttg resepi nasik impit goreng!! nasik impit yg tak abih masa raya haji aritu...aku bawak balik dan goreng. Sedap wehhhh...tak tipu!! Cuba try..


Nak masak dia senang jer..macam nak goreng mee. Nak ke resepi??? hehe...senang jer!

Nasik impit sebagai pelakon utama
Sotong dan udang sebagai pelakon pembantu
Cili boh, sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap sebagai penambah perasa
lobak merah, cili merah, daun kucai dan daun sup sebagai penyeri.
jangan lupa...Bawang merah dan bawang putih utk menumis

Begitulah seadanyaaaa...goreng macam goreng mee tu...ok! itu jer, babai...


Monday, October 07, 2013

Jalan2 Melaka Part 2 and last

Time2 macam nilah kami spend time bersama keluarga. Walaupun penat melayan kerenah 2 org budak tu, tapi sekurang2nya ada jugak la quality time. Tapi mmg letih oooo....

Anak2 aku kan jenis atlet. Dorang tak reti berjalan...berlari ajerlah. So, tugas mama papa mengejar dorang. Mulut aku ni tak berenti menjerit kat dorang. Klu ingat kembali saat2 tu...mmg tak larat! Bukan apa...aku takut jugak klu apa2 terjadi kat budak berdua tu...Nyesal tak sudah kang!!

So kat Melaka kami jalan2 satu bandar tu..

Memula start naik beca pakcik. Harga RM35.00. Eh, mahal gak kan... tapi tak payah la nak pikir sangat. Dia bwk round satu bandar Melaka pun kira ok. Lagi pulak nak tanggung beban 4 org dalam satu beca. Sedih jer aku tgk pakcik tu mengayuh basikal...hahaha! Redha jer lah pakcik, saya mmg gemok pun... Kalau la boleh aku tolong tolak time tuuu.... kononnnnn!!! 

Pusing2 pun dlm setengah jam jer....lawat tu, lawat ni...budak2 suka la naik beca tu... Sepatutnya boleh lama lagi. Tapi aku kesian tgk pakcik beca tu...




Hari ke dua dah janji nak bawak dorang makan kat restoran upin upin. Macamlah kat Bangi tu takde kan... punya la nak suruh dorang behave siap belanja budak2 ni kat restoran. Tapi fail la nasik ayam upin ipin. Masin!!. Dorang tak rasa kot masa masak tu...sian anak2 aku. Disebabkan terlebih makan garam, dorang masih tak duduk diam...Restoran Upin Ipin dah bertukar servis. 

Gelagat Aisyah dan Qayyum diperhatikan orang. Tak senang aku tengok..Sapa pulak nih!! Siap tangkap2 gambar anak aku nih. Eh! Eh! Boleh pulak dorang sama2 main kejar menyejar dalam restoran tu... wawawa....

Aku pun pergi dekat, senyum2 ajak anak2 balik. tapi budak2 plak buat hal..nak main panjat2 tangga. Gerammmm jer la aku nih.... Awek tu say hai kat aku! Aku tanya dari mana? Dari Jepun.. Ooooo.... 
Tapi yg hebatnya awek2 Jepun ni pandai cakap Melayu okeh.. Dorang datang buat rombongan utk melawat Melaka. Awek2 ni ambik jurusan kesusteraan Melayu. Fuhhhh...org luar lagi berminat dgn negara dan bahasa kita kan....

Ni la rupa awek Jepun tu...
Masa dalam Seminar Pustakawan Malaysia tu, Perasmi Seminar ada nyatakan ttg keindahan negeri Melaka. Beliau suggest utk naik bot diwaktu malam. Ramai gak yg terpengaruh...termasuklah aku. Hehe..So, sebelum balik KL, kita ramai2 naik bot. Merasalah jugak budak2 tu naik bot. Aku ngntuk!! teruk tak???

Qayyum sibuk nak panjat tepi bot main air...ada berani???
Percutian kali ni mmg best!! Suka pulak aku jalan2 gini...next time kita pergi lagi yer anak2!! rasa macam nak bawak dorg pergi Legoland Johor plak... tungguuuuuuuuuu......