Terlebih dahulu tahniah pada Hannah dan Aisyah. Alhamdullilah, rezeki kamu bertambah… percayalah lahirnya anak itu akan menyerikan lagi rumah tangga kita.. rasa bahagia..rasa tak percaya bila anak sudah pun dua.
Anak rapat2? Bagaimana rasanya?
Kita gelak dulu beramai2… ikhlas dari hati aku, perasaannya penat!!! Aku mengetahui Umar berada di dalam perut ketika Aisyah Umairah baru saja genap 5 bulan. Hari ni pergi cucuk di klinik, esok sudah jadi kakak.. Betul Aisyah R, dulupun aku tak dapat menerima kenyataannya. Teruk betul kita nih.. Mama bersalah pada Umar…sorry sayang!!!
Masa mengandung, aku mengalami alahan yang teruk.. dah ramai yg menyatakan baby boy dalam perut nih. Bayangkan ajerlah.. masa tu Aisyah Umairah baru saja nak membesar, mmg sgt meligat! Dengan perut mama yang besar gaban tu…berlari2 mengejar si kakak Aisyah nih. Lawak…lawakkk!!!

Masa berlari2 mengejar kak Aisyah
Bila keluarnya Umar Qayyum..lain pulak ceritanya. Tapi mama bersyukur benar kepada Allah, Umar sgt mudah untk dijaga berbanding dengan kakak dulu. Klu kakak, tiap2 malam menangis saja…non stop! Sudah penat, baru tidur. Tapi Umar sgt good boy… berjaga malam, tapi tak menangis…tepuk2 saja bontotnya…tido! Bukanlah niat mama utk membezakan kedua2 buah hati ini…tapi sekadar berkongsi. Anak-anak kita mmg berbeza2 perangai dan sikapnya.
Setiap hari rasanya tidak cukup jam. Sudah selesai si kakak, si adik pulak nak ditengok. Kalau kakak habis minum susu, adik pula sudah berbunyi2 . Mencabar betul klu ke dua-duanya sedang aktif! Fuhhhh…. Penat!! Mmg aku hairan betul anak org ramai2 tu… sgt terer mama mereka. Aku ni terkedek2!
Aku satu ketika dulu....rasa nak pengsan jer tgk gambar nih!
Aisyah boleh dikatogarikan sbg budak aktif ala2 noty tetapi bijak dan baik! hahaha.... mmg aku sentiasa dalam keadaan berjaga2! Itu anak akulah... Prangai budak2 ni berbeza2! tapi bak kata opahnya...bagus Aisyah mcm tu, kita tau dia sihat! Budak2 klu senyap sangat pun tak berkembang...nak buat tu, takut! nk buat ni takut! So, dia tak boleh nak explore byk benda...
Tapi aku dpt rasakan yg Aisyah jeles pada adiknya. Itu satu hal lagi yg membuatkan hidup aku gundah gulana.. Ada saja benda yg tak kena. Asik menangis aja... boleh tensen! last2 aku anggap jer la tangisan kak Aisyah tu sbg nanyian paling merdu. Baru tenang sikit diri ni. Tau tak, bila dia dah start nangis...habis semuanya. Nak pujuk makan berejam... nak dibiarkan rasa kesihan.
Saat paling seronok bila mereka sedang lena tidur… rasa nyaman dan tenang saja mata mama memandang. Sangat comel anak2 mama ni… rasa rindu utk kejutkan mereka semula. Tapi lupakan saja…sbb mama jugak Zzzzzzz…. bersama2! Hahaha…letih tau! Lepas terjaga, menyesal tak sudah!
Ketika birthday Aisyah
Walaupun begitu, anak2 kita ni terapi pada jiwa. Anak rapat2 ker..atau anak jarak2, rasanya semuanaya sama. Klu jaraknya rapat...mama susah sikit kot. Sbb kakak pun masih baby...nak tengok kakak, nak tgk adik... susah utk ditinggal2kan. Tapi bila mereka membesar nanti...best ajer!! Yang paling penting perhatian perlu diutamakan sbb kedua2nya memerlukan mamanya. Sampai ke hari ni aku sedang belajar utk menjadi mama yang paling best utk anak2ku...
Mama hari ini..
Lepas bersalinkan Umar, mama tak perlu ke kedai2 yg mahal utk shapekan balik body ni...dgn sendirinya kadar kalori dan lemak2 kita akan berkurangan... hahaha, betullah kenyataannya. Berat aku dan turun banyak sangat... (campur ngn batu dlm hempedu nih!) .
Tetiba rasa nak 2 org jer cahaya mata.... rasa tak sanggup!! kehkehkeh....




4 comments:
chem, ko da kurus la. aku jelesss...T_T
Senang hati dengar cerita Chem.
Rupanya taklah impossible, kan? :D
Hahaha. Thanks Chem.
Nampak memang payah kan? Nak kena lalui dulu ni baru tahu.
Nashriq pon dah mula melasak memang poning kopala. Tapi tabah aje lah. :))
Vavavava....manis sungguh cik chem kita ni.
:)
betul tu chem. jaga budak2 ni pon dah macam exercise pon.
Post a Comment