Wednesday, January 11, 2012

Aisyah dan playgroup

Seperti semua org tahu..perangai Aisyah la ni mmg menjadi2! Smpai kekadang tu aku takmo bawak dia pergi mana2! Budak tu terlalu baikkkk sampai semua benda nak diujicuba.. Betul! percayalah!

Pernah kawan aku bagitau, anak lelaki dia berusia 4 thn. Dia pun selalu kompeln ttg kenotian anak dia. Tapi bila dia jumpa Aisyah, dia kata "aku ingat anak aku hebat, rupa-rupanya anak engko lagikkkkkk hebat".

Wahaha....itulah! kadang2 aku pun malu gak, mcm aku tak reti jaga anak... memanjat, tak dgr kata, melalak... mcm2lah benda 'baik2' yg Aisyah buat, tapi aku sabarrrrrr ajerlah! Mungkin gak Aisyah jd mcm ni sbb faktor rakan sebaya. Mmg aisyah dibesarkan di rumah cik kiah dengan semua kawan2 lelaki... Setakat main panjat2, melompat2, menolak2, terbaring2...semuanya perkara biasa.

Takpun faktor keturunan, sbb aku tgk belah ipar2 aku anak-anak mereka pun boleh tahan gak... 'baik'. Mungkin Aisyah byk mengikut gen belah papanya...hahahaha!!!! Tapi aku respek la kat ipar2 aku tu... dorg mmg hebat!! Tak setabah aku....aku ni jenis tak tahan tgk budak2 'baik' ni....

Mungkin gak sebab faktor nak kan perhatian lebih. Dia kan cepat jadik kakak. Dapat lak adik yg senyap..mcm aku ni hah, baik, sopan. So, kakak rasa cam tak cukup kasih sayang, dia buatlah perkara2 'baik' tu. Nak dapatkan perhatian dari mama dan papa...

Last sekali sbb faktor penyakit "hyper active". Huhu...mintak dijauhkanlah Ya Allah. Aku tau Aisyah bukannya ada penyakit tu....kesian Aisyah tau! Aisyah seorg kanak-kanak yg sihat, dia cuma terlebih ceria.

Melihat anak yg semakin membesar,perangai pun 'baik' dengan mulut mengalahkan mak enon dan pemikiran yg melangkau usianya. Aku perlu buat sesuatu, supaya Aisyah lebih behave. Jgn over sgt....

Syukurlah aku jumpa ALIM playgroup. Teacher Ayu merupakan tenaga pengajar dalam group ni. Keputusan drastik, mama terus daftarkan Aisyah utk join the group.. tak lama, cuma satu jam, setiap hari sabtu. Settle... Nampak gayanya Aisyah gembira bila bercampur ngn kawan2 yg lain.... byk aktiviti yg boleh dilakukan bersama.

Layan, gambar first class Aisyah bersama ALIM playgroup...





Yang baju putih tu teacher Ayu.



tengah menyanyi lagu Ant on the Apple...Aaa...Aaa...Aaaa



Seisi bercerita. Hari ni kita belajar ttg 'My feeling'



Happy...Sad...Angry...




Teacher ayu cry.... huhuhu



Aisyah mula dah tak berikan tumpuan. Org suruh duduk kat red spot tu, dia berdiri pulak!





Aisyah belajar buat puppet!



So, how do you feel today Aisyah???



I'm happyyy!!!!!



(happy la.... main gam taknak lepas2!!!!)



Itulah cerita kelas pertama bersama Aisyah. Aku pun rasa happy sgt dapat join playgroup ni.. bawak si Qayyum lagi. kadang2 si kecit tu pun join tepuk2 tangan dgn papanya.. Harap2 perkembangan Aisyah akan lebih baik lepas join playgroup ni... hehehe!!! mama sukaaaaaaaa....







0 comments: